UMS Buka Peluang Asasi Pengajian Islam untuk Lepasan SPM

photo 2026 04 07 17 04 19

KOTA KINABALU, 7 April – Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian melalui Program Asasi Sains Sosial (Aliran Pengajian Islam) bagi sesi pengambilan terbaharu.

Fakulti Pengajian Islam UMS memaklumkan bahawa permohonan kini dibuka secara manual, memberi ruang kepada calon berkelayakan untuk memulakan pengajian dalam bidang agama di peringkat asasi.

Program ini merupakan laluan khusus ke peringkat ijazah sarjana muda dalam tiga bidang utama, iaitu Syariah, Usuluddin dan Pendarasan Islam yang ditawarkan di universiti berkenaan.

Sehubungan itu, ibu bapa dan pelajar lepasan SPM disaran memanfaatkan peluang tersebut bagi memastikan kesinambungan pendidikan dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui borang rasmi yang disediakan. https://forms.gle/TVsxbP6kDBEcA7Fi6

Sebarang maklumat lanjut berkaitan proses kemasukan boleh diperoleh dengan menghubungi pihak penyelaras program.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal