TAWAU: 07 Januari 2026 – Perbuatan Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membawa padah apabila ditahan polis selepas dipercayai menghantar mesej ugutan kepada seorang remaja 15 tahun di kawasan Ranggu.
Mangsa telah memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis.
Susulan laporan itu, pihak berkuasa berjaya mengesan suspek di kawasan Lorong Industri Megah 1,Jalan Tiku.
Polis telah merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai digunakan dalam ugutan tersebut.
Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah melalui komunikasi tanpa nama.
Sumber: Polis Daerah Tawau
