Tuesday, December 24, 2024

Tuntutan MA63 syarat Warisan sertai PH-BN

Datuk Seri Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah antara syarat dinyatakan Parti Warisan Sabah dalam menyatakan sokongannya kepada kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai gabungan baharu.

Dengan sokongan itu, PH dan BN sebagai gabungan kini mempunyai jumlah kerusi tertinggi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 yang berakhir pada Sabtu lalu.

“Warisan memberi sokongan kepada PH dan BN kerana kedua-duanya mempunyai jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan majoriti rakyat telah mengundi PH dan BN. Oleh itu, PH dan BN harus diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan.

“Sokongan ini juga atas komitmen bahawa kerajaan persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah MA63,” kata Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu kenyataan pada Selasa.

Parti itu berharap PH bersama BN akan menjadi rakan kongsi yang membolehkan pembentukan kerajaan persekutuan seterusnya membawa kestabilan politik dan perpaduan negara.

Warisan memenangi tiga daripada 51 kerusi parlimen yang ditandinginya. PH memperolehi 82 kerusi parlimen manakala BN pula mendapat 30 kerusi.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights