Tourism Malaysia Perkukuh Kerjasama Industri Pelancongan Sabah Menjelang Visit Malaysia 2026

photo 2025 12 21 15 13 25

KOTA KINABALU: 19 Disember 2025 — Tourism Malaysia Sabah terus memperkukuh sinergi bersama pemain industri pelancongan menerusi penganjuran Majlis Apresiasi Media dan Rakan Strategik Industri Pelancongan sebagai langkah persediaan strategik menjelang kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Cik Haryanty Abu Bakar, kejayaan industri pelancongan amat bergantung kepada pendekatan bersepadu serta sokongan menyeluruh dari semua pihak berkepentingan, termasuk rakan strategik industri dan media.

photo 2025 12 21 15 13 40 1

Katanya, peranan media amat signifikan dalam menyampaikan naratif pelancongan negara melalui liputan, penulisan serta penghasilan kandungan kreatif yang mampu meningkatkan kehadiran Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Jelasnya, sepanjang tahun 2025, sektor pelancongan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun berdepan cabaran global, didorong oleh peningkatan ketibaan pelawat serta pengukuhan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.

photo 2025 12 21 15 13 35

Menurutnya lagi, kempen VM2026 merupakan agenda nasional yang bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan, malah memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat, pemeliharaan alam sekitar serta mengukuhkan kedudukan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan utama negara.

photo 2025 12 21 15 13 30

Seiring usaha memperkasa industri pelancongan, Tourism Malaysia turut membuka permohonan secara dalam talian bagi Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) dan program GAMELAN bagi tahun 2026 bermula 16 Disember 2025 bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif pembangunan pelancongan selaras dengan aspirasi nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal