Tuesday, December 24, 2024

Tindakan disiplin dikenakan jika Rubin didapati berkempen untuk anaknya

Datuk Rubin Balang

PAPAR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang jika terbukti beliau berkempen untuk anaknya, Riduan Rubin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan
Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau masih menunggu laporan berhubung dakwaan
pembabitan Rubin menyokong dan membantu kempen Riduan yang bertanding atas
tiket bebas.

“Kita tengok dulu, kalau dia terlibat secara langsung, kita boleh ambil tindakan. Tetapi
pertama saya kena minta laporan dulu, walaupun kita nampak dia bersama anaknya
dalam gambar, tidak semestinya dia berkempen dan sebagainya.

“Kita perlu adil kepada semua. Kita tengok dulu laporan apa yang berlaku. Kalau hanya
berdasarkan gambar beliau duduk dengan anaknya, kita tidak boleh ambil tindakan,” katanya selepas merasmikan bangunan tambahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, jika betul dia (Rubin) menyokong secara terang-terangan, dia boleh dikenakan tindakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi BN Sabah, Datuk
Seri Bung Moktar Radin agar tindakan disiplin diambil terhadap Rubin yang didakwa
melanggar syarat perjanjian GRS-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15).

Bung kelmarin mendakwa pembabitan Rubin selaku wakil rakyat GRS, menjadi dalang
dalam penyertaan Riduan ke dalam Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat
(KDM).

Hajiji berkata, Rubin merupakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) Tenom.

Sementara itu katanya, Riduan telah meletak jawatan dari BERSATU sebelum hari
penamaan calon dan berdasarkan peraturan parti tiada tindakan yang boleh diambil
terhadapnya.

– Tv Sabah news

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights