Tiga Penunggang Bersama Motorsikal Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan

motor

KOTA BELUD: 6 September 2025 – Polis menahan tiga penunggang motosikal bersama kenderaan masing-masing dalam operasi khas membanteras kegiatan samseng jalanan di sekitar daerah ini, semalam.

Operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud yang diketuai Inspektor Tan Yow Sheng.

Menurut kenyataan polis, semua penunggang lelaki tempatan itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian motosikal dan ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam.

motor2

Mereka disiasat di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi itu dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung aktiviti samseng jalanan, yang membawa kepada peningkatan kehadiran polis di lapangan (omnipresence) sebagai langkah pencegahan jenayah.

Polis menegaskan operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai peringatan kepada orang ramai supaya mematuhi undang-undang jalan raya, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan dan membendung kegiatan samseng jalanan di daerah ini.

Sumber: Polis Daerah Kota Belud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal