Tiga Lelaki Positif Syabu Ditahan di Sandakan

photo 6134321074292853814 x 1

SANDAKAN: 24 November 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan melaksanakan Ops Tapis Narkotik di Kampung Sundang Laut, Jalan Batu Sapi pada jam 8.30 malam Rabu bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan berkenaan.

Dalam operasi tersebut, pasukan BSJND berjaya menahan seorang lelaki untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut dibuat ialah proses dokumentasi dua lagi lelaki yang sebelumnya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Sandakan di bawah seksyen yang sama.

Kesemua suspek dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan air kencing dan hasil ujian awal mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, pelaksanaan operasi seumpama ini selari dengan komitmen Polis Diraja Malaysia untuk terus membanteras penyalahgunaan dadah di daerah Sandakan.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal