Taklimat Petugas PRU15
Ryio Kenji
LAHAD DATU: Taklimat kerani Undi (KUP) dan taklimat Ulangan Petugas Pilihan Raya PRU Ke–15 bagi Parlimen P. 188 Lahad Datu telah diadakan di Dewan Tun Mustapa dekat sini pada sabtu.
Taklimat tersebut dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu Firuz Idzuaideen@Benetty Bin Mohd Dzul merangkap Pegawai Pengurus P.188 Lahad Datu.
Taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya ini adalah merupakan kali ketiga diadakan khusus kepada para petugas yang tidak dapat menghadiri sesi taklimat yang diadakan sebelum ini.
Menurut Firuz,secara keseluruhannya seramai 1800 orang akan bertugas semasa PRU-15 itu yang .terdiri daripada Pegawai Kerajaan, Pegawai Awam, Swasta, dan Sukarelawan.
Sementara itu bagi sesi taklimat dan silmulasi Kerani Undi Pos (KUP),Penyelia Pusat Mengundi (PPM) dan Ketua Tempat Mengundi (KTM) disampaikan oleh Al Hamidy Bin Ali Madan merangkumi empat DUN di bawah Parlimen P.188 Lahad Datu iaitu DUN N.60 Tungku, N.61 Segama, N.62 Silam dan N.63 Kunak.
– Tv Sabah News
0 Comments