Taanusiya Chetty raih tempat ketiga Miss World 2026

Nha Trang : 6 September 2026 — Wakil Malaysia, Taanusiya Chetty, meraih tempat ketiga Miss World 2026 di Nha Trang, Vietnam, semalam.

Mahkota Miss World 2026 dimenangi wakil Republik Dominika, manakala Sepanyol muncul naib juara pertama dan Malaysia di tempat ketiga.

Pencapaian itu menyamai rekod terbaik Malaysia yang dicatatkan Lina Teoh pada 1998.

360f4b5e c552 43f2 9e82 a943f4cc4740 73A31E43 C69F 4119 9F47 267323A4A071

Sebelum ke pentas dunia, Taanusiya membawa misi pendidikan menerusi projek “No One Left” Behind di Sekolah Kebangsaan (SK) Pahu, Kiulu pada 2 Jun lalu.

Projek berteraskan konsep Beauty With A Purpose (BWAP) itu memberi tumpuan kepada pendidikan dan pembangunan komuniti.

30ea0c41 ee23 4f48 adeb 9fd7c233c518

Menerusi projek itu, semua pelajar SK Pahu menerima peralatan persekolahan, manakala pusat sumber sekolah menerima buku rujukan dan rak buku.

Komuniti Kampung Pahu, Kampung Nulu dan Kampung Pakak turut menerima bakul makanan, selain mural cap tangan bertemakan No One Left Behind.

Taanusiya ketika itu berkata, projek itu memberi fokus kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan.

“AI sangat penting pada masa kini. Pelajar perlu diajar menggunakannya dengan cara yang betul kerana teknologi ini boleh membantu mereka belajar secara lebih berdikari,” katanya.

Fokus terhadap pendidikan itu turut dibawa dalam saingan Miss World menerusi segmen Beauty With A Purpose, yang dimenanginya sekali gus melayakkan beliau mara ke kelompok enam terbaik.

Sepanjang pertandingan, Taanusiya turut dinobatkan Miss World Asia 2026, muncul dalam kelompok lima terbaik Multimedia – Asia & Oceania dan kelompok 60 terbaik Miss World Top Model.

Taanusiya adalah lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini mengajar Bahasa Inggeris.

Pencapaian itu melengkapkan perjalanan Taanusiya yang membawa latar belakang sebagai pendidik dan misi pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal