Monday, December 23, 2024

Suspek curi motosikal, pecah rumah ditahan

Anggota polis berjaya menahan suspek.

Nilam Raon

TAWAU: Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan polis kerana disyaki aktif melakukan kegiatan curi motosikal dan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 30 tahun diberkas di sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga, Merotai Besar, kira-kira jam 11 malam Jumaat lepas.

Antara motosikal dipercayai dicuri suspek.

Menurutnya, sepasukan polis dari Balai Polis Bomba melakukan serbuan ke atas rumah diduduki suspek dan menemukan beberapa barang yang disyaki hasil daripada kegiatan mencuri.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai aktif melakukan jenayah curi motosikal dan kes pecah rumah di daerah ini adalah warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Jasmin berkata, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights