Skolar Malaysia lancar jelajah pembelajaran digital percuma di Borneo

image hihi 2

KENINGAU: 5 Januari 2026 — Skolar Malaysia melancarkan Skolar Borneo Tour: Canva Edition 2026, sebuah jelajah pembelajaran digital percuma yang bermula di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau, dengan penyertaan lebih 300 peserta terdiri daripada pendidik, pelajar IPG, usahawan kecil dan pencipta kandungan, pada 31 Januari lalu.

Program itu dilaksanakan bagi menangani jurang akses latihan kemahiran digital antara kawasan bandar dan luar bandar yang semakin ketara, khususnya di Sabah dan Sarawak, sekali gus memberi kesan kepada kebolehpasaran graduan dan daya saing ekonomi tempatan, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia dan kajian pendidikan.

image hihi 3

Seorang peserta, Dayang, guru sekolah luar bandar sekitar Keningau, berkata pendekatan praktikal yang diterapkan memberi pengalaman pembelajaran lebih realistik kepada pendidik.

“Biasanya kursus digital hanya fokus teori. Kali ini saya terus menyiapkan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh digunakan di dalam kelas. Itu yang kami perlukan sebagai guru,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Irfan, pelajar IPG Keningau, menyifatkan program berkenaan sebagai pendedahan penting terhadap keperluan dunia kerja sebenar.

“Kami sering dengar tentang kemahiran abad ke-21, tetapi jarang diberi latihan yang benar-benar mengajar cara membina portfolio dan kemahiran yang dicari majikan. Program ini membuka mata saya,” katanya.

Program selama lima jam itu dikendalikan oleh dua Canva Verified Experts menerusi pendekatan pembelajaran praktikal sepenuhnya, termasuk kaedah Learning Stations yang membolehkan peserta bergerak antara beberapa stesen mengikut keperluan masing-masing.

image hihi 1

Melalui pendekatan itu, peserta menghasilkan output nyata seperti draf resume, kandungan media sosial, templat pengajaran dan pelan kerja produktiviti.

Program berkenaan dianjurkan oleh Skolar Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Keningau dan Universiti Malaysia Sabah, dengan Keningau menjadi lokasi pertama jelajah sebelum diperluaskan ke tujuh lokasi lain di seluruh Borneo sepanjang tahun 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal