SIPITANG: 16 Oktober 2025 — Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Berampah menafikan dakwaan bahawa kecederaan seorang murid yang tular di media sosial berpunca dari insiden buli.
Siasatan awal pihak sekolah mendapati kejadian berkenaan berlaku akibat kemalangan ketika murid terbabit bermain bersama rakan, dan bukan disebabkan pergaduhan atau perbuatan tidak berakhlak.
Pihak sekolah segera membawa murid yang terlibat ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Gambar yang tersebar dipercayai dirakam semasa murid tersebut dalam perjalanan ke hospital.
Ibu bapa murid berkenaan turut dimaklumkan mengenai kejadian dan perkembangan anak mereka.
Pihak sekolah menegaskan komitmen untuk terus memastikan keselamatan serta kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan, selain merancang langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berulang.
Sumber: Kenyataan Rasmi