Tuesday, December 24, 2024

Saya masih kuat bertanding PRU, kata Dr Max

KOTA MARUDU: “Saya mungkin berumur 69 tahun tetapi saya masih boleh lari daripada anjing jika mereka kejar dan serang saya,” kata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menjawab komen sesetengah pihak yang meminta beliau bersara.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu itu tetap tenang walaupun menerima serangan peribadi yang dilemparkan oleh lawannya sepanjang tempoh berkempen untuk pilihan raya umum yang akan diadakan pada Sabtu depan.

Pihak lawan menggelarnya sebagai “orang sakit” dan menggesa beliau untuk bersara namun ini tidak menghalang Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu daripada bekerja keras untuk menjayakan program kempennya.

Penyokong ketawa apabila beliau secara berseloroh memberitahu mereka: “Saya mungkin berumur 69 tahun, tetapi saya masih boleh lari jika dikejar anjing,” sambil membuat gimik berlari di atas pentas.

Richard Gusup, Datuk Dr George Sangkin, Datuk Joachim Gunsalam dan Datuk Anita Baranting turut turun Padang kempen untuk Datuk Dr Maximus Ongkili di Kota Marudu.

Beliau juga memberi jaminan kepada penyokong bahawa beliau sudah mendapatkan nasihat perubatan sebelum membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya ini.

“Sebelum saya membuat keputusan (bertanding), saya membuat pemeriksaan kesihatan, pergi ke Yayasan Jantung Negara dan berbincang dengan pakar. Syukur kepada Tuhan, mereka memberitahu saya bahawa saya sihat dan cergas untuk menyertai kempen ini.

“Jadi inilah saya, tuan-tuan dan puan-puan, sedia berkhidmat untuk anda,” kata Dr Maximus berkempen di Pusat Daerah Mengundi Melangkap di Tandek Kota Marudu, pada Sabtu.

Beliau diserang angin ahmar pada Julai 2020.

Dr Maximus yang mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu menggunakan lambang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dicabar enam lawan di mana empat daripada parti politik dan seorang calon Bebas.

Calon itu ialah Datuk Wetrom Bahanda dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Sharizal Denci (Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia), Datuk Jilid Kuminding (Parti Warisan Sabah), Mohd Azmie Zulkiflee dari Pejuang Tanah Air dan calon Bebas Norman Tulang.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights