Sambutan Krismas Sabah Kali Ke-20 Simbol Perpaduan Rakyat Sabah

photo 2025 12 21 09 25 38

KOTA KINABALU: 19 Disember 2025 — Sambutan Kota Kinabalu Christmas Celebration yang telah berkembang menjadi Sabah Christmas Celebration pada perayaan ke-20 hari ini, “…dan telah menjadi Simbol lambang keharmonian rakyat Sabah yang hidup dalam kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan.”

photo 2025 12 21 09 25 54

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam sempena penutupan tirai Sambutan Sabah Christmas Celebration 2025, di Padang Merdeka hari ini.

Menurut Beliau, Tema sambutan tahun ini, “Pengharapan Damai dalam Kasih”, dilihat selari dengan realiti masyarakat Sabah yang hidup dalam kepelbagaian, sekali gus menjadi asas penting dalam memelihara keharmonian, toleransi dan saling menghormati antara kaum.

photo 2025 12 21 09 25 49

Kerajaan Sabah turut menegaskan komitmen untuk terus menghormati dan menyokong kepelbagaian budaya serta perayaan agama di Sabah, termasuk melalui penyediaan peruntukan dan pelaksanaan pelbagai program yang menjurus kepada peningkatan ekonomi rakyat, pembangunan pendidikan serta pemerkasaan modal insan.

Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran barisan pemimpin negeri, ketua-ketua jabatan, wakil gereja, pemimpin masyarakat dan orang ramai yang bersama-sama meraikan sambutan tersebut dalam suasana aman dan muhibah.

photo 2025 12 21 09 25 44

Sambutan Sabah Christmas Celebration 2025 menutup tirainya dalam suasana penuh kesyukuran, kebersamaan dan keharmonian, sekali gus menzahirkan keunikan Sabah sebagai sebuah negeri yang kukuh dengan semangat perpaduan dalam kepelbagaian.

Beliau turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian serta Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal