SAFVA Tumpu Pembangunan Kemahiran Lakonan Di Luar Kota Kinabalu

LAHAD DATU: Bengkel Asas Seni Lakon anjuran Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA) Zon Lahad Datu telah berjaya menarik seramai 28 penyertaan dari pelbagai peringkat usia dari pelajar sekolah rendah, belia sehingga ke senior berusia 57 tahun di Lahad Datu.

Foto: Peserta bengkel mengabadikan gambar beramai-ramai bersama ahli jawatankuasa penganjur dan tenaga pengajar.

Bengkel selama 2 hari itu telah diadakan di Hotel DeLeon Lahad Datu dengan sokongan daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah melalui SCENIC.

Peserta bengkel telah diberikan pemahaman yang komprehensif tentang asas lakonan depan kamera dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan teori yang diperlukan seperti Asas lakonan untuk kamera, Pembangunan watak dan skrip, dan Penggambaran asas dan istilah set.

Foto: Jovenea Jim sedang mengendalikan sesi praktikal kumpulan.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Chester Pang, Presiden SAFVA merangkap pengerusi penganjur bengkel dengan penyampaian sijil kepada para peserta, yang turut disaksikan oleh tenaga pengajar bengkel Ramli Carlo, Firdaus Jenar dan Jovenea Jim.

Foto: Chester (3 dari kiri) menyampaiakan sijil kepada salah seorang peserta dan turut disaksikan oleh penceramah Ramli (1 dari kiri), Nyuri dan Firdaus (1 dari kanan)

Program bengkel asas lakonan itu akan diteruskan dilain-lain zon SAFVA di seluruh Sabah seperti Keningau, Tawau dan Kota Marudu bagi membolehkan pembangunan kemahiran seni lakonan lebih seimbang di seluruh Sabah dan sebagai persiapan untuk menerima lebih banyak produksi dari luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal