Sabah jadi fokus utama pemacu ekonomi Bumiputera di bawah PuTERA35

WhatsApp Image 2026 04 10 at 00.06.19

KOTA KINABALU: 9 April – Kerajaan mengumumkan Sabah kini menjadi tumpuan strategik sebagai pemacu ekonomi Bumiputera bernilai tinggi di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

Perkara ini dimaklumkan dalam program TERAJU Aspirasi Outreach 2026 di Sabah International Convention Centre, hari ini.

Dalam usaha memperkasa syarikat Bumiputera, TERAJU memperkenalkan tiga inisiatif utama iaitu ASCEND, ENHANCE dan XCELERATE yang direka untuk membangunkan perusahaan dari peringkat asas hingga ke pasarean modal.

Selain itu, Danna Penskalaan Bumiputera Sabah dan Sarawak bernilai RM100 juta turut dilancarkan bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor itu turut dihadiri Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah.

image 3

Hajiji menekankan bahawa pendekatan PuTERA35 penting untuk memastikan syarikat tempatan berkembang dan mencipta nilai, manakala Mohd Shahar pula berkata fokus kini adalah kepada penciptaan nilai dan impak sebenar kepada rakyat.

Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi positif dengan KDNK negeri meningkat dari RM78.7 bilion pada 2021 ke RM84.3 bilion pada 2024, dan dijangka mencecah RM86.4 bilion tahun ini, dengan sektor pelancongan menyumbang kira-kira 12 peratus.

Selain itu, Sabah juga turut meneroka potensi Ekonomi Biru melibatkan perikanan bernilai tinggi, tenaga marin dan akuakultur bagi mewujudkan peluang ekonomi baharu.

Dalam majlis sama, TERAJU memeterai beberapa kerjasama strategik bersama Bank Rakyat dan Agrobank bagi memperkukuh akses pembiayaan dan penskalaan syarikat.

Program INNO4C turut menunjukkan impak positif dengan meningkatkan pendapatan komuniti Bumiputera 40 peratus melalui projek ekonomi luar bandar.

PuTERA35 merangkumi pelbagai inisiatif bagi memperkukuh daya saing ekonomi Bumiputera secara inklusif di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri berkata, pendekatan PuTERA35 penting untuk memastikan syarikat tempatan berkembang dan mencipta nilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal