KOTA KINABALU – Sabah Electricity (SE) menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat yang berjumlah RM60,000 kepada 250 penerima dalam kalangan pelajar dan penerima layak dalam kalangan golongan asnaf bersempena program Seikhlas Budi, Sesuci Ramadan, semalam.
Menurut Sabah Electricity, sumbangan tersebut mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam menyantuni golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan.
Antara penerima sumbangan ialah 100 pelajar dari Universiti College Sabah Foundation(UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah(KTYS), 150 Penerima dari golongan asnaf yang layak iaitu Masjid Sembulan dan Ma’hdah Tahfiz Miftahul Ulum Tg. Aru.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, diiring oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor dan isteri, Datuk Juliah Salag dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electrcity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan isteri, Datin Asgini Mohd Jelfree serta Pengarah Sabah Electricity, Saadiah Aziz.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Al-Mawaddah, dari Ma’had Tahfiz Miftahul Ulum.
