Sabah-Brunei mahu eratkan hubungan

Share the news

Sabah-Brunei mahu eratkan hubungan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Haji Mohamad di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, baru-baru ini.

Ketua Menteri berharap kunjungan menteri Brunei itu akan mengeratkan lagi
hubungan dua hala kedua-dua negeri dan mahu lawatan seumpama itu diteruskan.

“Semoga dengan lawatan seperti ini, ia akan mengeratkan hubungan dua hala dan
kekeluargaan antara Brunei dan Sabah yang telah lama wujud terjalin,” katanya.

Hajiji turut berharap program bersama dalam aspek kebudayaan, sukan dan aktiviti belia
dapat diadakan antara Sabah serta Brunei pada masa akan datang.

Hasrat Ketua Menteri itu diipersetujui oleh Awang Haji Nazmi yang memaklumkan bahawa kedatangannya ke Sabah adalah atas jemputan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Mohd Arifin Arif.

– Tv Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal