RM7.96 Bilion Untuk Usahawan dan Koperasi Seluruh Negara

IMG 20251101 WA0034

TEMERLOH: 1 November 2025 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatat pencapaian memberangsangkan dengan kejayaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM7.96 bilion kepada 282,489 usahawan dan koperasi di seluruh negara setakat September 2025.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick, dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Menteri Pembangunan Usahawan dan Korperasi hari ini berkata kejayaan itu mencerminkan kesungguhan KUSKOP dan agensi di bawahnya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan menerusi pembiayaan, latihan, dan bimbingan yang menyeluruh.

Bagi negeri Pahang sahaja, seramai 24,592 usahawan dan koperasi menerima pinjaman dan geran daripada pelbagai agensi termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, SME Bank, Bank Rakyat, Pernas, SME Corp, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), melibatkan jumlah keseluruhan RM425 juta.

Selain itu, 56 koperasi baharu turut didaftarkan sepanjang tahun ini, manakala 10 koperasi menerima RM9.03 juta di bawah Tabung Modal Pusingan SKM.

Ewon turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan memberi tumpuan kepada penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta pemerkasaan sektor ketiga yang merangkumi perusahaan sosial dan koperasi bagi memperkukuh ekonomi sosial negara.

Turut hadir dalam majlis perhimpunan bersama warga KUSKOP dan agensi di Temerloh ialah Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Haji Rahman Mohd Din, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Saidatul Akhma Hassan.

1001923600
Datuk Ewon Benedick bersama tetamu yang hadir.

Ewon menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan warga KUSKOP atas dedikasi mereka sebagai barisan hadapan kementerian dalam menjayakan agenda pembangunan usahawan dan koperasi. Beliau yakin dengan semangat kebersamaan, KUSKOP akan terus cemerlang memacu kesejahteraan ekonomi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal