Friday, April 11, 2025

Rina Jainal kini Setiausaha Politik Menteri Kewangan

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal mengangkat
sumpah jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri
di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Majlis turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr
Safar Untong.

Rina menggantikan ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang dilantik sebagai
Pembantu Menteri di Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan.

Rabu lalu, Hajiji mengumumkan pelantikan Fairuz dan Rina dalam rombakan kecil yang
dibuat berikutan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda bertindak meninggalkan kerajaan
pada pertengahan Oktober lalu.

Hajiji turut mengumumkan pertukaran portfolio dua Pembantu Menteri iaitu
Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan kini sebagai Pembantu
Menteri kepada Ketua Menteri dan Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan
Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki kini sebagai
Pembantu Menteri Kewangan Negeri.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights