Remaja Ditahan Disyaki Edar Dadah Guna Bot

photo 6289500463195426363 y

LAHAD DATU: 15 Januari 2026 — Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dalam satu serbuan di kawasan paya Kampung Busul, pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat risikan terhadap seorang individu yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat keseluruhan 52.71 gram.

Turut disita sebuah bot berwarna hijau dan satu enjin sangkut yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pengedaran dadah.

Suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal