KOTA KINABALU: 31 Oktober 2025 — Polis Daerah Kota Kinabalu meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Zahira binti Azizullah, berusia 14 tahun dan berbangsa Pakistan, yang dilaporkan hilang sejak 28 Oktober lalu.
Mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Skim Penempatan Telipok Fasa 2, Kota Kinabalu, kira-kira jam 3 petang sebelum gagal dikesan sehingga kini.
Menurut maklumat awal, ahli keluarga telah menjalankan pencarian di sekitar kawasan kampung namun usaha tersebut tidak berhasil.
Penduduk setempat memaklumkan kali terakhir mangsa dilihat menumpang sebuah motosikal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan Telipok Ria

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan atau penemuan mangsa diminta menghubungi SM Rosmah binti Hj Pg Hasim di talian 011-3167 7612, Balai Polis Manggatal di talian 088-529222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis menzahirkan penghargaan atas keprihatinan masyarakat dalam membantu usaha mencari remaja tersebut dan menegaskan bahawa setiap maklumat yang disalurkan amat bermakna dalam siasatan ini.
Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu