KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan belum ada keputusan dibuat untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar membayar balik pinjaman.
Menteri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan bahawa kerajaan bercadang untuk mengambil pendekatan yang lebih komprehensif dalam menangani tunggakan pinjaman. Beliau menegaskan bahawa sekatan perjalanan bukanlah satu-satunya kaedah yang dipertimbangkan untuk menggalakkan pembayaran balik.
Bernama memetik beliau sebagai berkata pihaknya tidak hanya meletakkan sekatan sebagai satu-satunya kaedah tetapi melihat secara keseluruhan apakah faktor yang membolehkan untuk tingkatkan kutipan daripada pinjaman.
“Ini termasuk mengadakan kutipan ataupun melalui ejen untuk memaklumkan kepada mereka (peminjam) selain surat peringatan,” katanya.
Caption: Iklan PTPTN di KLIA2 yang mencuri tumpuan dan membuat ramai terasa.