Tuesday, December 24, 2024

PRU15: Lebih 200,000 anggota keselamatan negara mengundi hari ini.

Koperal Rosnah Hj Lapaleka, 45, membuang undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bugaya dan Parlimen Semporna.

Nilam Raon

SEMPORNA: Seramai 224,828 anggota tentera, polis dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) diseluruh negara keluar mengundi di 578 pusat bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) termasuk untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya Sabah pada hari ini (Selasa).

Daripada jumlah itu seramai 117,473 yang mengundi adalah anggota tentera manakala 107,355 adalah polis dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.

Mereka mengundi awal untuk pilihan raya umum untuk memilih ahli parlimen dan pilihan raya kecil negeri Bugaya untuk memilih ahli dewan undangan negeri. Pilihan Raya kecil Bugaya diadakan selepas kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya tahun lalu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 578 pusat mengundi awal telah ditetapkan oleh pihaknya untuk proses pengundian awal.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah.

Sementara itu, di Semporna seramai 400 anggota dan pegawai polis pelbagai cawangan melaksana tanggungjawab itu di pusat pengundian awal Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tidak ada arahan khusus diberikan kepada anggota dan pegawai yang menjalankan tanggungjawab membuang undi pada hari ini (15 November).

“Kita cuma diberi arahan untuk memakai pakaian seragam dengan kemas dan jangan lupa bawa kad pengenalan,” katanya di Dewan Serbaguna IPD Semporna ketika meninjau anggota dan pegawainya membuang undi.

Anggota polis menunggu giliran mengundi di Dewan Serbaguma IPD Semporna.

Pusat itu dibuka seawal jam 7.30 pagi bagi membolehkan kelancaran proses pengundian awal oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana anggota dan pegawai mula mengundi pada jam 8 pagi mengikut masa ditetapkan.

Pusat pengundian itu ditutup jam 5 petang mengikut masa yang ditetapkan SPR.

Sementara itu Mohd Farhan memberitahu pihaknya menerima sebanyak tiga laporan jenayah berkaitan kesalahan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula tarikh penamaan calon sehingga 14 November.

“Sehingga sekarang kami menerima tiga laporan dan satu laporan dalam siasatan yang suudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya manakala dua lagi kes NFA tidak melibatkan jenayah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi hari pengundian pada 19 November, Mohd Farhan berkata, awalan keselamatan berada pada tahap 100 peratus dengan kerjasama tentera dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom).

“Setakat ini di Semporna semua parti yang terlibat dengan kempen masing-masing tidak ada yang melakukan provokasi antara satu sama lain dan kita harap suasana ini dikekalkan sehingga hari mengundi agar tidak ada provokasi sama ada dari segi percakapan atau perbuatan,” katanya lagi.

Hari mengundi akan diadakan Sabtu ini.

Sementara itu, di Lahad Datu Ketua Polis Daerah ACP Roslan Shah Ahmad memberitahu sepanjang process pengundian dalam keadaan tenang dan terkawal.

Lima pusat undi awal ialah di PGA Batalion 17, Balai Polis Cebdetawasihm Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datum IPD Kunal dan Briged 13 Infantri Cenderawasih, Tungku.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights