Monday, December 23, 2024

PRU-15 : SIMULASI CALON BN BELURAN, HASIL KEPUTUSAN POSITIF

Ketua Umno Beluran, Julie Sabran

BELURAN : Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Beluran melalui simulisi pengundian dengan memperolehi lebih 26,000 undi.

Simulasi pengundian dijalankan pada Sabtu berkenaan memperlihatkan Umno Beluran masih menjadi pilihan utama pengundi Beluran setakat ini.

Ketua Umno Beluran, Julie Sabran berkata, simulasi itu diadakan pihaknya bagi menilai kesiapsiagaan jentera pilihan raya umum (PRU) Ke-15 dan menilai sentimen pengundi.

“Kalau mengikut simulasi kita keluarkan 26,000 pengundi putih dan itu sudah cukup memadai memberikan kemenangan kepada BN, Insya’Allah.

“Jadi mulai dari saat ini BN Beluran akan bekerja keras bersama kita punya komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk memenangkan parlimen Beluran ini…

“Jadi usul baru-baru inipun kita sebulat suara kita tolak calon terjun, kita tolak calon lompat dan kita pastikan sebulat suara bukan kehendak saya bukan kemahuan saya tapi ini adalah suara akar umbi untuk Ketua Bahagian sebagai calon Parlimen Beluran akan datang nanti,”Katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.

Menurutnya, pihaknya yakin hasil persediaan jentera pilihan raya, kerusi Parlimen Beluran kekal menjadi kerusi tetap BN dan UMNO dalam PRU Ke-15 ini.

Terdahulu, parlimen Beluran memiliki lebih 44,413 orang pengundi yang berdaftar dalam kali ini berbanding PRU ke-14 seramai 28,509.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights