PRK Kinabatangan, Lamag: 93%  Pengundi Awal Tunaikan Tanggungjawab

photo 2026 01 21 22 49 13

Kinabatangan: 20 Januari 2026 – Sebanyak 93 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, 176 anggota polis telah mengundi daripada keseluruhan 189 pengundi awal  yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.

Bagi PRK Parlimen Kinabatangan, pertandingan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (Barisan Nasional), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

Sementara itu, PRK DUN Lamag pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

SPR turut menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK tersebut.

Pilihan raya kecil ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Disember tahun lalu.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal