Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump Adakan Lawatan Rasmi ke Malaysia 26–27 Oktober Ini

photo 2025 10 25 21 11 03

PUTRAJAYA: 25 Oktober 2025 – Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 26 hingga 27 Oktober 2025, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Lawatan rasmi tersebut berlangsung atas jemputan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan ianya juga merupakan rangka lawatan serantau Presiden Trump ke Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat pada Januari lalu.

Menurut Wisma Putra, lawatan ini akan merangkumi mesyuarat dua hala antara kepimpinan tertinggi kedua-dua negara bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor strategik termasuk perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

Selain itu, kedua-dua negara dijangka menandatangani beberapa dokumen penting berkaitan kerjasama ekonomi dan keselamatan sebagai usaha meningkatkan kepentingan bersama.

Kerajaan Malaysia berharap lawatan tersebut akan memperkukuh hubungan sedia ada Malaysia–Amerika Syarikat, dan membuka lembaran baharu ke arah hubungan dua hala lebih strategik serta mampan.

Hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika Syarikat telah terjalin sejak 1957, dengan Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang serta pelabur terbesar negara.

Pada tahun 2024, nilai dagangan dua hala antara kedua-dua negara direkodkan sebanyak RM324.91 bilion (USD71.39 bilion).

Sumber: Wisma Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal