Polis Tahan Lelaki Cabul Pekerja Kedai Runcit

photo 2025 11 21 18 18 43

TAWAU: 20 November 2025 — Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dia didakwa mencabul seorang pekerja wanita di sebuah kedai runcit di Kampung Andrassy pada 16 November lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang ketika mangsa berusia 20 tahun itu sedang bekerja di kaunter pembayaran.

Suspek dikatakan menyentuh bahagian badan mangsa, sebelum mangsa menepis dan membuat laporan polis.

Susulan laporan tersebut, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau berjaya menahan lelaki itu di hadapan sebuah kedai tayar di Jalan Apas pada kira-kira jam 1.30 pagi.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pengawal keselamatan dan turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan seksual.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal