KOTA KINABALU: 07 Januari 2025 – Palm Oil Industrial Cluster Sabah Sdn Bhd menyerahkan sumbangan berjumlah RM4.17 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai komitmen memperkukuh kedudukan kewangan dan pembangunan ekonomi negeri.
Dari jumlah itu, RM2 juta disumbangkan terus kepada Kerajaan Negeri, manakala RM2.17 juta merupakan bayaran balik pinjaman Persekutuan bagi tahun 2025.
Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan atas sumbangan berkenaan dan menegaskan bahawa setiap hasil akan dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkukuh ekonomi negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah.
Sumbangan itu diserahkan oleh Pengerusi POIC Sabah yang baharu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, melalui penyerahan replika cek kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kewangan, Chee Shok Ting.
Sumber: Facebook Hajiji Haji Noor
