PETRONAS Raikan Kaamatan 2025 dengan Filem ‘Tinorindak Olisi’ dan Program Amal

KOTA KINABALU, 27 Mei 2025 – PETRONAS telah melancarkan sebuah filem web bertajuk “Tinorindak Olisi (Mahkota Kasih)”, yang mengisahkan perjalanan seorang wanita muda dalam pertandingan Unduk Ngadau, sempena perayaan Kaamatan tahun ini.

Filem pendek ini berlatar belakangkan keindahan budaya dan warisan Sabah, mengetengahkan bahasa Dusun dan dialek tempatan Sabah sebagai bahasa pengantara utama, memaparkan keindahan kepelbagaian, dan perpaduan etnik di Sabah.

‘Tinorindak Olisi’ mengisahkan Elyna Jamis (Elldiwirna Saiman), seorang peserta Unduk Ngadau yang didorong oleh impian dan harapan komuniti.

Lebih daripada sekadar mengejar gelaran, perjalanan Elyna mencabar persepsinya tentang kejayaan dan identiti, malah menyentuh makna yang lebih mendalam tentang kemenangan yang sejati.

Menurut Siti Azlina A Latif, Pengurus Kanan Strategik Komunikasi, Hubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS, filem itu sejajar dengan tema Kaamatan tahun ini, ‘Kaamatan untuk Semua’.

“Filem ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar terletak pada sokongan dan perpaduan yang kita kongsikan sebagai komuniti, terutama ketika kita berusaha untuk mencapai kemajuan bersama.

“Melalui kisah ini, PETRONAS berharap dapat mengilhamkan semua untuk terus mengangkat satu sama lain dalam perjalanan bersama menuju kemajuan,” katanya.

Pelancaran filem ini bersempena dengan program Festive Uplifting Lives Yayasan PETRONAS, yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Budaya Kadazandusun.

Untitled design – 3

Semasa majlis tersebut, Dr Jeffrey dan Siti Azlina menyerahkan barangan makanan penting dan pek perayaan kepada penerima terpilih dari Manggatal.

Program Uplifting Lives Festive, telah dilancarkan awal bulan ini di Tambunan, dan kini seramai 500 penerima dari Manggatal, Tambunan, Tongod, dan Kepayan.

Kesemuanya dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Sosial Sabah. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PETRONAS untuk menyokong komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan utama di Malaysia.

“Kita bukan sahaja meraikan semangat kebersamaan melalui webfilem Kaamatan kita tetapi juga menegaskan komitmen kita untuk mengukuhkan ikatan dalam komuniti. Dari mempamerkan budaya tempatan hingga menyebarkan keceriaan perayaan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, PETRONAS terus menghormati tradisi sambil membina masyarakat yang lebih terhubung dan penyayang untuk semua,” kata Siti Azlina.

Filem ‘Tinorindak Olisi’, diarahkan oleh pengarah terkenal Ismail Kamarul, kini boleh ditonton di saluran YouTube dan Facebook rasmi PETRONAS. Filem ini dijangka akan menyentuh hati penonton dengan kisah yang menyentuh dan gambaran yang kaya dengan budaya Sabah.

Link webfilem ‘Tinorindak Olisi’ – https://youtu.be/szduf4Ge_TU?si=z6-U1mgHvbdWQqin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal