Perut Lelaki Mabuk Terburai Ditetak Rakan Sendiri

Share the news

TAWAU, 1 Julai 2025 – Seorang lelaki cedera parah dengan perut terburai akibat ditetak oleh kenalannya di hadapan Pasar Raya Rastamas, Jalan Pasar, Ahad lepas.

Menurut sumber, insiden bermula dengan pertengkaran mulut, disusuli dengan saling mencabar antara mangsa dan suspek. Kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol.

Keadaan menjadi tegang apabila suspek tiba-tiba bertindak mengambil senjata tajam, dipercayai parang, lalu menikam dan menetak mangsa beberapa kali.

Kesan tikaman dan tetakkan menyebabkan perut mangsa terburai sehingga isi perut terkeluar. Mangsa turut mengalami luka kesan tikaman di bahu kanan, kepala sebelah kiri, leher, dan dagu.

Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, sementara suspek yang telah dikenalpasti kini menjadi buruan polis. Bagaimanapun, status tangkapan suspek belum dapat disahkan setakat ini.

Insiden ngeri itu mengejutkan penduduk sekitar. Justeru rentetan kajadian itu pihak berkuasa digesa mengetatkan kawalan ke atas penjualan minuman keras di kawasan mereka bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut bagi membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan senjata.

Sumber, Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal