Tuesday, December 24, 2024

Persatuan teksi Lahad Datu minta bantuan wakil rakyat yang menang

Maizatul berucap dalam program santai bersama pemandu teksi.

LAHAD DATU: Ahli Persatuan Teksi dan Sewa Lahad Datu meminta wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada Sabtu ini memberikan perhatian kepada masalah mereka.

Timbalan Pengerusi persatuan itu, Saharrudin Zakaria berkata, mereka mahu teksi Lahad Datu dibenarkan beroperasi sehingga ke daerah Kunak memandangkan kawasan itu masih terletak dalam Parlimen Lahad Datu.

“Kami minta sesiapa sahaja yan menang, masalah kami akan diberi perhatian,” katanya kepada calon Barisan Nasional (BN) Datin Maizatul Akman Alawi di majlis Santai Bersama Persatuan Teksi dan Sewa Lahad Datu di Golden Velvet Ballroom, Saujana Putra di sini Rabu.

Turut hadir di majjlis itu Senator Datuk Noraini Idris, Setiausaha Politik Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah merangkap Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah.

Menurut Saharuddin, pemandu-pemandu teksi kawasan Lahad Datu juga masih menghadapi masalah mendapatkan tempat letak teksi.

“Kami berdepan dengan masalah ini sejak dari dahulu sehingga sekarang. Kami berasa seolah-olah kami dianaktirikan oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya mewakili pemandu-pemadu teksi kawasan Lahad Datu berharap jika calon BN diharap dia akan membantu menyelesaikan masalah kami.

Calon BN Lahad Datu Datin Maizatul Akmam Alawi berjanji akan membantu persatuan teksi Lahad Datu jika menang dalam pilihan raya nanti.

Beliau memahami masalah persaingan yang dihadapi oleh ahli Persatuan Teksi Lahad Datu terutama pengangkutan e-healing sepeti Grab dan Maxim yang kini menjadi pilihan pengguna.

Beliau meminta semua ahli persatuan mengundinya pada 19 November ini.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights