Perjuangan bukan sekadar politik sahaja tetapi seruan untuk keadilan – Ting

Ting Shu Kiong2 scaled

KOTA KINABALU: Calon Parti Solidariti Tanahairku (StarSabah) Api-api, Ting Shu Kiong, berjanji untuk memperjuangkan pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan membawa keadilan kepada rakyat Sabah dalam pilihanraya Negeri Sabah ke-17.

“Perjuangan bukan sekadar politik sahaja, tetapi seruan untuk keadilan yang sewajarnya menjadi milik rakyat Sabah,” ujarnya dalam pelancaran jentera pilihan raya parti baru-baru ini.

Beliau berkata akan meneruskan legasi Presiden StarSabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, dalam memperjuangkan hak negeri itu.

“Perjuangan masih jauh dan banyak hak Sabah yang belum ditunaikan. Saya berjanji menjadi suara yang memperjuangkan pelaksanaan penuh MA63,” kata Ting.

Calon itu memperkenalkan lima teras utama manifestonya: pembangunan ekonomi bandar yang inklusif, kesejahteraan komuniti, pemberdayaan anak muda dan kuasa tempatan, pembaikan infrastruktur, serta pentadbiran yang telus dan cekap.

Dengan pengalaman sebagai peguam dan aktivis masyarakat melalui pelbagai NGO, Ting yakin mampu membawa perubahan positif serta membina Api-Api yang lebih makmur, selamat dan berdaya saing.

Beliau menyeru rakyat untuk bersama StarSabah dalam merealisasikan keadilan sebenar bagi Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal