Penutupan sementara beberapa jalan sempena Istiadat Perbarisan Ulang Tahun TYT

photo 2026 03 26 11 59 17

KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama dan kawasan tempat letak kereta di pusat bandar akan ditutup sementara bermula 26 hingga 30 Mac ini bagi memberi laluan kepada Istiadat Perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa bin Haji Aman.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan, penutupan itu melibatkan beberapa fasa termasuk raptai pertama pada 26 Mac (Khamis), raptai penuh pada 27 Mac (Jumaat), dan acara sebenar pada 30 Mac (Isnin).

penutupan jalan akan dilaksanakan dari jam 1.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di sekitar Lorong Dewan dan Jalan Padang, bermula dari gerbang Jalan Istana hingga ke hadapan King Park Hotel.

Selain itu, Kawasan tempat letak kereta di sepanjang Lorong Dewan dan Jalan Padang, termasuk terminal sementara Jalan Padang dan tapak perpustakaan lama, turut ditutup.

DBKK menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan petugas di lokasi serta merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Sumber: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal