Penunggang motosikal dipenjara 10 bulan dan denda RM5000

photo 6096113444659596634 y

LAHAD DATU: 16 Februari 2026 – Seorang penunggang motosikal dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh mahkamah selepas mengaku bersalah terbabit dalam aktiviti lumba haram di lampu isyarat Lapangan Terbang Lahad Datu.

Tertuduh, lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf bin Zolhani.

Mahkamah turut memerintahkan kesalahan itu direkod pada lesen memandu tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Sebelum itu kes tersebut tular di media sosial selepas satu video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok pada 21 Disember 2025 memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menyertai lumba haram di kawasan lampu isyarat Lapangan Terbang Lahad Datu sehingga menyebabkan kemalangan yang melibatkan kenderaan lain.

Sumber Polis Daerah Lahad Datu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal