Penjualan borang penamaan calon Parlimen 716 di Sabah, tertinggi di seluruh negara

Share the news

Penjualan borang penamaan calon Parlimen 716 di Sabah, tertinggi di seluruh negara

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan penjualan tertinggi borang penamaan calon Parlimen di seluruh negara iaitu 716 borang.


Ini diikuti Perak (326), Selangor (266), Kelantan (262), Johor (253), Pulau Pinang (219), Kuala Lumpur/Putrajaya (163), Kedah (150), Pahang (144), Terengganu (118), Sarawak (100) dan Melaka (73).
Menurut statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat, secara keseluruhannya sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah dijual setakat hari ini di seluruh negara.


Daripada jumlah itu 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.
Sabtu (5 November) adalah hari penamaan calon PRU-15, pengundian awal pada 15 November dan hari pengundian pada 19 November ini.


PRU-15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15). Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, turut diadakan serentak PRU15.

– TV Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal