Pengumuman Kabinet Sabah Menanti, Hajiji Adakan Sidang Media Petang Ini

UTU HAJIJINOOR 2678
KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijangka mengadakan sidang media khas mengenai pelantikan anggota Kabinet baharu Sabah pada jam 3.30 petang ini.

Menurut jemputan Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, sidang media berkenaan akan berlangsung di Kediaman Rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, berhampiran Istana Seri Kinabalu, kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai senarai penuh Kabinet negeri, namun majlis angkat sumpah dijadualkan berlangsung petang ini.

Awal pagi Ahad, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua di hadapan Tun Musa Aman dalam istiadat yang diadakan di Istana Seri Kinabalu.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, GRS mendahului dengan 29 kerusi, diikuti Parti Warisan (Warisan) dengan 25 kerusi, Barisan Nasional (BN) enam kerusi, UPKO tiga kerusi dan STAR dua kerusi.

Sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal