Penempatan Sementara Susulan Kes Zara Di SMK Tun Datu Mustapha

KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai pengambilalihan siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di SMK Tun Datu Mustapha oleh Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif dengan menempatkan sementara pihak pengurusan sekolah yang terlibat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Maklumat berdasarkan kepada kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 13 Ogos 2025, melibatkan Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan semua warden sekolah.

Langkah ini mencerminkan komitmen KPM untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, teliti, dan tuntas.

Kenyataan rasmi KPM menggariskan bahawa kes ini merupakan keutamaan KPM pada masa ini.

Dengan penempatan sementara ini, KPM berharap siasatan yang telus dapat dilaksanakan demi mencapai keadilan untuk keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat.

Ini juga bertujuan untuk memastikan kelancaran proses siasatan tanpa gangguan atau pengaruh daripada pihak yang berkepentingan di sekolah tersebut.

Tindakan segera KPM ini menunjukkan keseriusan kementerian dalam menangani isu-isu serius yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di bawah jagaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal