Penduduk 3 kampung gembira Dr Jeffrey selesaikan masalah air
KENINGAU: Penduduk di tiga kampung di sini menarik nafas lega dengan tindakan pantas diambil Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menyelesaikan masalah bekalan air yang mereka hadapi.
Difahamkan masalah ketiadaan bekalan air itu berlaku akibat banjir di Sungai Pampang baru-baru ini.
“Semua wakil daripada Kg Bulu Silou, Kg Masak dan Kg Mottou berterima kasih kepada Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan kerana tindakan yang begitu pantas diambil untuk menyelesaikan masalah kami.
“Sekarang kami boleh menarik nafas lega setelah mendapat air dengan begitu cepat. Selain itu, tanaman, kolam dan padi kami juga dapat diselamatkan,” katanya.
Dr Jeffrey dikatakan mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk bertindak setelah menerima aduan penduduk kampung mengenai bekalan air terputus di tiga kampung berkenaan.
Dr Jeffrey, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Keningau dikenali oleh masyarakat di sini sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, berani dan berwawasan.
Walaupun sibuk memikul tanggungjawap dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, beliau sentiasa fokus kepada perjuangan yang dimulakannya lebih tiga dekad lalu.
Slogan kempen PRU15 beliau ‘Mari Berjuang Demi Sabah’ mengungkap perjalanan perjuangan beliau selama ini yang masih belum selesai.
“Semakin ramai rakyat di Sabah memahami maksud perjuangan Dr Jeffrey yang belum lagi selesai dan bersedia memberikan sokongan kepada beliau untuk terus membawa Sabah menjadi sebuah wilayah yang perkasa,” kata penyokong Presiden Parti Star Sabah itu.
Menurut seorang aktivis masyarakat, masalah yang sering dihadapi oleh rakyat seperti banjir, kesesakan jalan raya, kesukaran mencari peluang-peluang untuk mempertingkatkan taraf kehidupan mampu diatasi jika Dr Jeffrey diberikan sokongan.
“Jika kita memahami apa yang diperkatakan oleh Dr Jeffrey, sama ada di parlimen atau bersama rakyat serta membaca buku-buku yang pernah ditulisnya, kita dapat memahami perjuangannya,” katanya.
– Tv Sabah News
0 Comments