Pendataan digital tidak seharusnya mengenakan bayaran – Kitingan

Oleh David E.G.

KOTA KINABALU: 17 Mac 2025 – Usaha Pendataan Digital Warga Asing atau pendaftaran pekerja asing yang sedang dijalankan di Sabah kini sudah memasuki tahun kedua, dan telah mendedahkan kebergantungan tinggi terhadap pekerja-pekerja yang tidak berdokumen, terutamanya di ladang-ladang.

Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan kecewa dengan proses pendaftaran digital pekerja asing di Sabah yang terkesan dengan isu pembayaran tinggi.

Menurut beliau, sejak dari awal lagi proses tersebut tidak sepatutnya melibatkan apa-apa bentuk pembayaran.

“Ia sepatutnya percuma demi menggalakkan ramai yang datang ke hadapan secara sukarela,” katanya.

“Kami telah mengatakan itu dari awal (pendaftaran adalah percuma). Tetapi tiba-tiba saya terbaca bahawa mereka mengenakan bayaran dengan jumlah besar untuk pendaftaran. Ini bukan seperti apa yang saya maksudkan (dari awal),” katanya dalam satu temubual khas.

Kitingan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Aktiviti Pendataan Digital Warga Asing Sabah, berkata pihak yang dimaksudkan hanya dipertanggungjawab untuk mengurus data, bukan mengendalikan pendaftaran dan mengenakan bayaran keatas pekerja asing.

“Saya kecewa bahawa bayaran tersebut sangat tinggi. Saya dengar mereka sudah menurunkan jumlahnya sekarang tetapi saya tidak tahu sebanyak mana, hanya mereka telah mengurangkannya.

“Pendapat peribadi saya semasa mesyuarat ialah perlu pendataan dahulu. Daftar mereka, walaupun dengan kos ditanggung kerajaan, kerana kita perlu mendaftarkan semua orang,” katanya.

Terlebih dahulu beliau berkata, puluhan ribu pekerja diperlukan dalam industri kelapa sawit Sabah. Melalui pelaksanaan awal percubaan pendaftaran, mereka telah mendapati bahawa lebih daripada separuh yang bekerja secara haram, walaupun syarikat-syarikat tersebut berpaut kepada kerajaan.

“Rancangan tersebut menjemput semua orang tanpa mengira status untuk mendaftar dahulu. Ia seharusnya percuma, demi menggalakkan ramai yang datang ke hadapan secara sukarela,” katanya.

Kitingan berkata beliau mahukan satu sistem yang dibaharui setiap tahun setelah pengumpulan data selesai.

“Kerana, data adalah dasar kepada keputusan kita. Saya akan membawa ini dalam mesyuarat yang seterusnya, supaya kita dapat adakan struktur yang berbeza untuk mereka,” katanya.

“Kita mahu menyelesaikan isu ini, jadi kita mahu membantu mereka mendapatkan dokumen agar mereka dapat bekerja secara sah. Terdapat terlalu banyak pekerja yang tiada akaun bank, tiada akses kepada penjagaan kesihatan, mereka tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah… Kita sama-sama sedang kehilangan peluang di sini.

“Saya yakin mereka juga ingin menjadi sah. Dan satu-satunya cara adalah dengan mendapatkan dokumen,” katanya.

Sehingga April 2024, Sabah Integreted Management of Foreign Workers and Non-Residents Sabah (SWIMS) di bawah GLC Smart Sabah telah merekodkan data mengenai 39,276 orang sejak program ini dimulakan pada September 2022. Dari jumlah tersebut, 21,994 adalah pekerja dalam industri pertanian dan pembinaan, manakala 17,282 adalah tanggungan mereka. Sistem ini memprofil secara digital pekerja asing melalui pengumpulan maklumat peribadi, pengecaman wajah, dan biometrik.

Program Pendigitalan sedang dilaksanakan secara menyeluruh meliputi semua sektor dan pelbagai kategori warga asing. Data yang dikumpul kini tertumpu terutamanya kepada sektor perladangan, dengan warga asing lebih 100,000 orang yang telah direkodkan di bawah Program Pendigitalan, juga telah mula menjalani Program Pemutihan oleh Jabatan Imigresen Sabah.

Melalui inisiatif strategik dan kerjasama dengan pihak berkepentingan utama (iaitu Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Konsulat-Konsulat yang berkaitan), pekerja asing dan tanggungan mereka kini diberikan pasport oleh konsulat masing-masing mengikut negara asal, dan diikuti dengan pas imigresen yang berkaitan di bawah Program Pemutihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal