Tuesday, December 24, 2024

Pemberian geran tanah bukan usaha Warisan: Hajiji

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

PAPAR: Geran tanah yang diberi kepada penduduk kampung sekarang ini bukannya atas usaha Parti Warisan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) sejak 2011 iaitu atas usaha kerajaan Barisan Nasiona (BN) sebelum ini.

“Kerajaan GRS-BN meneruskan usaha yang dilaksanakan kerajaan BN itu bagi memastikan penduduk kampung yang belum memiliki geran tanah mendapat hak mereka masing-masing.

“Tidak guna kita maju tapi ada lagi orang kampung yang susah kerana tiada tanah. Oleh
itu kita minta permohonan tanah orang kampung yang sudah lama supaya disukat,” katanya menafikan kenyataan kononnya Warisan yang memulakan usaha memberi geran itu kepada penduduk kampung.

Hajiji berkata, Warisan menyebarkan berita tidak betul. Itu atu pembohongan kerana
BN sudah ada program PANTAS sejak 2011 lagi, iaitu ketika dalam kerajaan BN.

Tetapi katanya, apabila Warisan memerintah, mereka mengambil semua usaha yang
dilakukan BN dan berkata itu usaha mereka.

Beliau berkata demikian di majlis himpunan jentera Wanita Muafakat GRS-BN Papar, di Kampung Sungai Padang, pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis Tamin Zainal; ADUN
Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; bekas ADUN Pantai Manis Datuk Seri
Panglima Abdul Rahim Ismail, Ketua Wanita UMNO Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin dan calon GRS kerusi Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, Warisan hanya pandai bercakap dan menganggap apa yang dibuat orang lain adalah salah.

“Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ingat dia sahaja yang pandai dan orang lain salah. Tapi berapa tahun jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kuala Lumpur,
tengok di Semporna, mangsa kebakaran ketika dia menjadi menteri dulupun tidak boleh
selesai.

“Kita yang bagi peruntukan RM8.2 juta untuk membina semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran sebelum ini,” katanya merujuk kepada kebakaran di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 2015.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights