Tuesday, January 14, 2025

Pembantu Menteri GRS tinggalkan Bersatu

Verdon Bahanda
Datuk Wetrom Bahanda

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Datuk Wetrom Bahanda meninggalkan Parti Bersatu untuk menyertai pembangkang, Parti Warisan.

Dengan segera, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal memberikan maklum balas dengan mengalu-alukan penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau itu dengan tangan terbuka.

Namun, tiada keputusan dibuat sama ada beliau akan dipilih untuk menjadi calon parti pembangkang itu di Kota Marudu dalam pilihan raya umum ke-15, kata presidennya, Shafie Apdal.

Shafie berkata, menyertai Warisan adalah langkah penting bagi ADUN itu yang memenangi pilihan raya negeri yang lalu di bawah payung Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, beberapa perkara seperti menjadi calon untuk parti Warisan akan dipertimbang dan dinilai kemudian, tambahnya.

“Menjadi calon adalah perkara lain. Apa yang penting bagi kami ialah menjadi calon yang boleh menang dalam pilihan raya. Tidak ada gunanya meletakkan seseorang sebagai calon jika mereka tidak boleh menang.

“Akhirnya, kita perlu memenangi pilihan raya. Itu yang paling penting. Kita memerlukan angka. Jadi jika dia (Wetrom) calon yang boleh menang, tiada isu yang patut timbul untuk mencalonkannya.

“Lagipun dia orang Sabah. Selain itu, kita juga mahu menyatu padukan rakyat Sabah. Saya meminta semua rakyat Sabah untuk bersatu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi beramah mesra di Tamu Gaya Street di sini.

Beliau juga mengulangi hasrat Warisan untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada PRU15 demi kemajuan Sabah.

Semalam, satu video tular di media sosial dengan Wetrom mengumumkan beliau akan menyertai Parti Warisan dan menjadi calon parti itu bagi kerusi Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketika dihubungi pemberita, Wetrom berkata beliau akan mengadakan sidang media pada Selasa atau Rabu untuk memperincikan isu keluar daripada Bersatu.

Sementara itu, Penyokong Wetrom berkata, ADUN mereka menawarkan untuk bertanding menentang Penyandang Ahli Parlimen Kota Bandau Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada pilihan raya akan datang.

Presiden PBS Maximus Ongkili memenangi kerusi Kota Marudu dengan majoriti 1,774 undi.

-Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights