Pelbagai Acara Hari Malaysia 2025 Dijangka Menarik 20 Ribu Pengunjung

KOTA KINABALU: 3 september 2025 – Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah 2025 akan berlangsung di Padang Merdeka pada 16 September dengan pelbagai acara menarik termasuk pertunjukan bunga api sebagai penutup acara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata sambutan kali ini lebih istimewa kerana pelbagai program telah dirancang khusus untuk menarik penyertaan masyarakat.

Beliau menjelaskan acara tersebut dijangka menarik kehadiran sekitar 20,000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong dari luar.

Menurutnya, sambutan Hari Malaysia sentiasa mempunyai nilai tersendiri kerana ia memperingati pembentukan negara yang diraikan bersama oleh rakyat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Beliau menyatakan perkara itu selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada hari Selasa lalu sebagai usaha menjemput beliau merasmikan sambutan tersebut.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Christina turut mengajak orang ramai hadir ke Padang Merdeka bagi memeriahkan acara yang dianjurkan khas untuk semua lapisan masyarakat.

Beliau berharap penganjuran kali ini dapat mengeratkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan mengekalkan suasan aman dan harmoni di Sabah.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Josie Lai.

Sumber: Sabah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal