Pelajar tidak yakin PH dapat tunaikan janji beri biasiswa
Mohd Syukrie Johary
TUARAN: Golongan belia termasuk pelajar di daerah ini memberitahu mereka tidak yakin Pakatan Harapan (PH) dapat menzahirkan janji mereka untuk memberi biasiswa kepada anak-anak kumpulan B40.
Pelajar, Flora Justin, 19, berkata walaupun suka dan mengalu-alukan inisiatif biasiswa itu kepada pelajar kurang berkemampuan, namun tidak yakin PH berupaya memenuhi janji itu walaupun sudah berkuasa.
“Saya secara peribadi menyokong tawaran biasiswa B40 oleh PH namun, mampukah mereka menjadikannya kenyataan? Dan biasiswa bagaimana yang mereka mahu tawarkan,” soalnya ketika ditemui media pada Isnin.
Katanya, PH mempunyai peluang berbuat demikian ketika gabungan itu berkuasa selama dua tahun. Namun tiada yang mendapat bantuan itu.
Oleh itu katanya, parti itu tidak perlu berjanji untuk golongan muda jika mereka tidak boleh menunaikannya. Pakatan Harapan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini berjanji untuk memberi biasiswa kepada pelajar kumpulan B40 jika menang.
Beliau berkata, pelajar boleh fokus belajar tanpa merasa tertekan memikirkan yuran pengajian di universiti kerana ia sudah pun termasuk dalam pembiayaan biasiswa ini yang ditawarkan kerajaan.
Bagaimanapun, golongan itu mahukan PH menunaikan janji itu jika dipilih oleh rakyat pada PRU15 kelak.
Jesslyn Veeleryana, 19, pula minta pembangkang berhenti memberikan janji-janji untuk golongan muda, memandangkan mereka sukar untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya ini.
“Bantuan pelajaran itu sudah wujud sejak kerajaan lalu,” katanya.
Sementara itu, Patricia Philip, 19, berpendapat tawaran biasiswa B40 memang baik, namun ia perlu dibuktikan dulu dan bukan hanya janji manis politik.
– Tv Sabah News
0 Comments