Pejabat Mufti Sabah Nafi Terlibat Penggalian Kubur Zara Qairina

WhatsApp Image 2025 07 26 at 09.12.28 681x719 1

KOTA KINABALU, 1 Sept – Pejabat Mufti Negeri Sabah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan Mufti dan Timbalan Mufti Sabah dengan proses penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina, yang tular baru-baru ini.

Kenyataan rasmi itu menyifatkan dakwaan dalam sebuah video berdurasi 46 saat yang mendakwa kononnya Mufti dan Timbalan Mufti hadir serta terhidu haruman ketika penggalian dijalankan sebagai tidak benar, tidak berasas dan berunsur fitnah.

Pejabat Mufti menegaskan, kedua-dua tokoh tersebut tidak pernah terlibat atau hadir dalam penggalian semula kubur berkenaan. Proses penggalian itu pula dilaksanakan pada 9 Ogos lalu atas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan bedah siasat.

Sehubungan itu, pihak berkuasa agama menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati menilai maklumat di media sosial dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan imej institusi agama.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal