KUALA LUMPUR: 13 September 2025 – Harapan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong tidak kesampaian selepas terkandas di separuh akhir hari ini.
Pasangan nombor dua dunia itu tewas kepada gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, dalam straight set 14-21, 11-21 hanya dalam tempoh 35 minit di Hong Kong Coliseum.
Kekalahan ini menambah deretan lima kekalahan berturut-turut Pearly-Thinaah kepada pasangan nombor empat dunia itu.
Tahun lalu, Pearly-Thinaah menjuarai kejohanan sama selepas menundukkan Liu Sheng Shu-Tan Ning di final. Namun, kali ini langkah mereka terhenti lebih awal.
Fokus kini beralih kepada saingan Masters China yang bermula Selasa depan, di mana mereka dijadualkan menentang beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari pada pusingan pertama.
Sumber: Buletin Tv3

		
		
		
		