KOTA BELUD: 15 Januari 2026— Sebanyak 64 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Jalan Tuaran–Kota Belud dekat Kampung Kelawat, melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kota Belud bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah.
Menurut Ketua BSPT Kota Belud, Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa, operasi yang disertai lima anggota BSPT, seorang pegawai dan 14 anggota JPJ itu mengeluarkan lima notis saman PDRM dan 59 notis saman JPJ atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Sebuah lori yang disyaki membawa muatan pasir berlebihan turut dikenakan satu notis arah timbang oleh JPJ sebelum dibawa ke IPD Kota Belud untuk pemeriksaan berat di bawah Seksyen 63(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi tersebut dilaksanakan bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap optimum, khususnya melibatkan kenderaan perdagangan dan pergerakan kenderaan berat di kawasan sensitif,” tegasnya.
Sumber: Polis Daerah Kota Belud
