Tuesday, December 24, 2024

PBRS minta agihan kerusi yang adil

Richard Kastum

KOTA KINABALU: Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) hari ini meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional mengagihkan peruntukan kerusi yang adil untuk ditandingi oleh parti itu dalam pilihan raya umum ke-15 nanti.

Oleh itu mereka memutuskan menghantar rombongan untuk mengadakan perbincangan bagi menyampaikan suara pemimpin dan penyokong dengan Pengerusi Barisan Nasional Dato Dr Ahmad Zahidi Hamidi dalam masa terdekat ini.

Setiausaha Agung PBRS Richard Kastum dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis tertinggi yang diadakan pada Selasa.

“Kepimpinan BN mesti berlaku adil kepada kami. Oleh itu kami akan pergi berjumpa dengannya untuk membincang dan menyuarakan pendapat pemimpin serta penyokong akar umbi kepada beliau (Zahidi).

Katanya, tidak seperti tanggapan sesetengah pihak, PBRS telah berjaya menarik ramai kemasukan pemimpin kanan parti-parti lawan dan menerima permohonan ribuan lagi yang mahu menjadi ahli parti.

Ini katanya menjadikan jumlah ahli PBRS bertambah berlipat kali ganda manakala jumlah bahagian yang dibuka juga terus bertambah.

“Hampir setiap Dewan Undangan Negeri sudah ada cawangan PBRS. Oleh itu, kepimpinan BN mesti mengambil kira dengan perkembangan ini,” katanya menambah bahawa PBRS sebagai satu-satunya parti tempatan dalam komponen BN wajar diberi peluang dengan agihan kerusi lebih adil.

-Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights