PAS Sabah buat laporan polis pagar rumah disimbah cat

photo 6231108862384130142 y

KUALA LUMPUR: 20 September 2025 – Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, membuat laporan polis di Kota Kinabalu, selepas pagar rumahnya disimbah cat.

Satu nota bertulis perkataan ‘Datuk’ menggunakan tulisan merah turut ditinggalkan di lokasi kejadian.

Aliakbar berkata, sepanjang penglibatan dalam politik, beliau tidak pernah menyebut nama individu, mencaci, mahupun menggunakan bahasa kesat dalam ceramah atau kempen politik.

Beliau turut menjelaskan laporan polis dibuat bagi meminta siasatan dijalankan, dan untuk memastikan keselamatan diri dan keluarganya, kerana insiden itu seolah-olah satu ancaman dan ugutan.

Menurutnya, jika kejadian itu ada kaitan dengan politik, ia mencerminkan cara politik lama yang tidak sepatutnya diamalkan.

Beliau juga menegaskan tidak menuduh mana-mana pihak berhubung insiden berkenaan.

Aliakbar turut berharap perkara seumpama itu tidak berulang, sambil menegaskan demokrasi wajar dipraktikkan dengan cara sihat, tenang dan aman.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal