KOTA BELUD: 15 June 2025 – Parti tempatan mesti dominan dalam politik Sabah, tegas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor dalam ucapannya sempena perasmian Kongres Agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud hari ini.
Beliau berkata GRS lahir dari hasrat rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang diterajui oleh parti tempatan. “Kita tidak biarkan suara rakyat ini diketepikan,” ujarnya.
Jelasnya, faslafah “Rumah Kita, Kita Jaga” dan prinsip Sabah First merupakan nadi perjuangan GRS yang dianggotai parti-parti komponen seperti USNO, memainkan peranan sama penting untuk memastikan kekuatan kekal utuh menghadapi PRN17 yang semakin hampir.
“Hanya dengan kestabilan politik, kita dapat terus membantu rakyat dan membangunkan negeri Sabah tercinta,” katanya.